wm.azmi

March 17, 2010

GST: Rakyat Didahulukan

Filed under: General — wan muhamad azmi mamat @ 10:35 am

Penantian serius saya selama beberapa bulan daripada hujung tahun lepas hingga sesi sidang dewan rakyat Mac 2010, menjadi lega apabila membaca berita mengenai penangguhan pembentangan bacaan kali kedua rang undang-undang GST di parlimen. Berita penangguhan itu disiarkan media pada 14 Mac 2010, sehari sebelum sesi sidang dewan rakyat pada Mac 2010.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

Berita mengenai penangguhan ini yang disiarkan oleh akhbar perdana pada hari ini dan 15 Mac menyatakan bahawa langkah ini menunjukkan kerajaan prihatian dan mendengar respon daripada rakyat seperti dilaporkan Berita Harian pada ruangan rencana pada mukasurat 16.

Adakah benar rakyat didahulukan?

Malaysiakini dalan satu artikel melaporkan pandangan daripada penganalisis politik bahawa GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas PRU ke-13, menandakan kegusaran kerajaan BN kerana boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

Ramai dikalangan pemimpin kerajaan menafikan bahawa penangguhan tersebut kerana desakan daripada pembangkang, sebaliknya kerana ingin mendapat respon daripada rakyat dengan lebih banyak serta menyediakan instrumen terhadap sistem GST tersebut.

Namun sehingga kini, saya masih belum berjumpa dengan kaedah atau prosedur yang digunakan oleh kerajaan dalam mendapatkan respon dan maklumbalas daripada rakyat! Adakah kerajaan hanya mengumpula maklumat daripada wakil rakyat sahaja, atau pergi berjumpa dan bertanya kepada ketua kampung atau dengan mengutip daripada blog-blog?

Beberapa hari sebelum daripada berita penangguhan ini, saya terdengar berita radio yang menyatakan bahawa kerajaan menyenaraikan lebih kurang 40 barangan harian sebagai dikecualikan daripada dikenakan cukai GST. Perkara ini amat bagus. Namun saya tidak berjumpa senarai barangan tersebut apabila ‘googling around’. Tidak pula saya temui dalam rang undang-undang GST yang diperolehi daripada laman parlimen Malaysia. Dimanakah pihak berkaitan meletakkan senarai tersebut?

Pada malam Isnin, 15 Mac 2010, rancangan Diluar Lingkungan terbitan TV1 membincangkan mengenai GST ini dengan membawakan dua panelis yang terlibat dalam urusan berkaitan dengan cukai. Kedua-dua panelis menyatakan kebaikan apabila sistem GST dilaksanakan. Antaranya sistem cukai menjadi lebih sistematik, maka pendapatan cukai negara semakin bertambah. Panelis kedua daripada pihak MATA pula menyatakan harga akan berkurang kerana kadar GST lebih rendah (4%) berbanding cukai jualan pada masa ini (10%). Namun beliau tetap menyatakan penurunan harga tersebut bergantung kepada keberkesanan pelaksanaannya.

Inilah antara perkara yang kurang dilakukan oleh pihak kerajaan. Kerajaan banyak merangka pelan pembangunan serta ingin memperkenal akta yang baru, tetapi kurang membuat kajian dengan mendapatkan maklumbalas daripada rakyat secara menyeluruh. Disamping itu, kurangnya sesi penerangan dan penjelasn mengenai sistem yang ingin dilakasanakan. Operasi penjelasan dan mendapatkan maklumbalas daripada akar umbi bukan sekadar melalui media massa dan elektronik, sebaliknya perlu turun ke padang dengan berjumpa terus dengan rakyat. Jangan bertindak secara unilateral!

Perbincangan mengenai GST makin hangat dibincangkan bermula bacaan kali pertama pada hujung tahun lepas. Pakatan Rakyat berpendirian menentang pelaksaan sistem GST pada masa ini disebabkan beberapa isu seperti kelemahan pengurusan sumber kewangan negara, taraf ekonomi yang rendah dengan jurang yang sangat ketara disamping menyatakan kesan negatif yang akan dirasi oleh golongan susah dan miskin. Mereka sering melaungkan GST sebagai Golongan Susah Tertindas!

Siapakah yang akan terkesan jika sistem GST ini dilaksanakan? Adakah golongan menteri akan terkesan? Adakah golongan kaya susah hati dengan sistem GST ini? Atau hanya semakin menyusahkan kelas bawahan?

Apa yang saya faham, kesan daripada pelaksanaan sistem cukai GST ini, harga barang akan meningkat. Sebagai contoh, jika harga komputer rm4000, dengan percukaian GST, harganya menjadi rm4160. Jika harga rumah rm100,000, dengan adanya GST menjadi rm104,000.

Beberapa persoalan yang masih bermain diminda saya mengenai GST:

(1) Apakah hukum dari sudut syariat tentang percukaian jenis GST ini? – Kerajaan ada badan atau agensi berkaitan yang boleh menjawab soalan ini. Namun saya belum menemui perbincangan dari sudut hukum syariat.

(2) Senarai barangan yang dikecualikan cukai. Dimana rakyat dan pengguna boleh mendapatkannya?

(3) Prosedur dan method yang digunakan oleh kerajaan untuk mendapatkan maklumabalas daripada rakyat serta penjelasan dan pemberitahuan mengenai tindakan tersebut termasuk bilangan responden, kawasan  dan rumusan pendapat mereka.

(4) Apakah jaminan kadar 4% tidak akan meningkat? – Sefaham saya, tiada kadar cukai semakin berkurang, semakin meningkat ada lah, sebab kos semakin meningkat.

Jika GST benar-benar ingin dilaksanakan, adakah benar rakyat didahulukan? Mungkin benar, jika rakyat didahulukan bebanan tanggungan kepayahan!

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.