wm.azmi

September 4, 2009

Beberapa Soalan dan Jawapan Berkaitan Puasa

Filed under: Religious — wan muhamad azmi mamat @ 3:01 pm

SOALAN ( S )  BERKAITAN PUASA DENGAN JAWAPAN ( J ) RINGKAS

 

NIAT

S :Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?

J ;Menurut mazhab Shafei tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

 

FIDYAH UNTUK SI MATI

S Orang yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadhan kemudian mati pada 2 Syawal pada tahun yang sama, adakah wajib dikeluarkan fidyah untuknya?

J :Tidak wajib dikeluarkan fidyah untuknya kerana ia meninggal dunia dalam tempoh yang tidak membolehkan ia qhada puasa yang ditinggalkan.

 

TANGGUH QADHA PUASA

S : Apakah hokum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang  ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?

J :Ia wajib mengqadha bilangan hari yang ia tinggalkan dan wajib ia mengeluarkan fidyah secupak untuk satu hari bagi satu tahun yang ia tinggalkan. Dalam kes di atas ia wajib mengeluarkan tiga cupak bagi setiap hari kerana telah berlalu tiga kali Ramadhan.

  (more…)

September 3, 2009

Kekuatan Menegakkan Kebenaran

Filed under: Religious,Siasah — wan muhamad azmi mamat @ 3:42 pm

“Kekuatan adalah cara yang paling selamat untuk menegakkan kebenaran. Alangkah baiknya jika kekuatan dan kebenaran berjalan seiringan.”

Demikian kata hikmah yang menyebut tentang kebenaran dan kekuatan. Kekuatan merupakan suatu keperluan yang utama dalam menegakkan kebenaran. Tanpa kekuatan, kebenaran akan mudah dikalahkan oleh kebatilan.

Hijrah RasulAllah dan para muhajirin dari bumi Makkah ke Madinah merupakan suatu contoh untuk meletakkan diri kepada keadaan yang lebih baik. Umat Islam sentiasa berada dalam tekanan ketika di Makkah dengan ancaman pemualaun, seksa dan bunuh. Di Madinah, keselamatan umat Islam lebih terjamin di bawah pemerintahan RasulAllah sebagai ketua Negara di samping menjaga hak-hak kaum-kaum bukan Islam yang lain.

Dengan adanya pusat pemerintahan, empayar Islam semakin berkembang ke seluruh jazirah Arab seterusnya berkembang di Utara Afrika, ke Asia Tengah dank Eropah.

Setelah kewafatan RasulAllah, timbul golongan yang tidak mahu membayar zakat dan golongan nabi palsu. Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu telah bersungguh-sungguh menghapuskan golongan tersebut demi menjaga tuntutan syariat Islam. Beliau mengarahkan agar golongan riddah (keluar dari Islam) itu diperangi hingga mereka kembali kepada Islam atau di bunuh jika mereka enggan.

Penguatkuasaan syariat Islam perlu dijalankan oleh pemerintah yang berkuasa. Perkara ini dijelaskan oleh RasulAllah dalam urusan mencegah kemungkaran, yang bermula dengan kaedah menggunakan ‘tangan’ yang bermaksud kekuasaan.

(more…)

Blog at WordPress.com.